Tuesday, 11 February 2014

Pengalaman saya bersama Set Berpantang dan Set Penyusuan Shaklee

Pengalaman saya menyusukan anak pertama agak menyedihkan, anak sulong saya menolak untuk direct feeding. Mungkin ianya juga disebabkan saya yang tiada pengalaman dalam penyusuan badan atau sebab Damia dah diasingkan sebaik sahaja dilahirkan dan Damia disusukan menggunakan cawan oleh jururawat.

Selepas 4 hari dilahirkan, Damia kena jaundices, so harus continue dengan breast feed. Kena la perah susu ni untuk Damia minum. Sebelum die terjaga untuk susu, saya dah kena bangun untuk perah susu dan susu tak banyak,sekali perah dapat 2oz jer. Masa tu saya terasa sangat tertekan dan mula susukan die dengan susu formula. Selepas beberapa minggu, damia diganggu dengan kahak yang banyak dan doktor menyarankan susu badan ataupun susu tanpa laktosa. Saya cuba untuk bekalkan susu badan untuk Damia, tetapi tidak berhasil, susu tak juga bertambah walaupun dah amalkan petua-petua untuk tambahkan susu badan.

Untuk anak kedua, sebelum lahir saya dah nekad untuk full breast feed. Mula meng-goggle untuk mencari supplement yang sesuai untuk menambahkan susu ibu. Saya rasa sangat teruja apabila membaca blog-blog yang menceritakan pengalaman mereka tentang breastfeeding. Saya mula mengenal Shaklee dengan membaca facebook seorang sahabat, orangnya kurus jer, berat dalam 45kg tapi mampu untuk exclusive BF untuk anaknya. Saya sangat kagum, cemburu dan teruja dengan beliau. Membaca pengalaman beliau bershaklee, pada umur anaknya 6 bulan susu badan mula berkurang dan dia mula mencari supplement untuk tingkatkan susu badan. Bermula pada saat itu la die kenal Shaklee dan berjaya exclusive breast feed sehingga anaknya berumur 2 tahun dan sekarang dia merupakan agen sah Shaklee.

Saya mulakan Shaklee dengan set berpantang dan menyusu. Kali ni tak payah susah-susah beli jamu yer..nanti simpan dalam almari, gunanya tidak..Berhabis sikit la untuk set berpantang + set menyusu, namun berbaloi. Sangat berpuas hati kerana pengalaman menyusukan anak sangat hebat. Penghasilan susu sangat banyak dan pekat, kebiasaannya bayi akan menyusu sekitar 20-30minit, tetapi Dheeya hanya menyusu selama 10-15minit sahaja. Baby dah kenyang tetapi susu masih banyak, so yang selebihnya boleh la pam dan buat stock. Selalunya saya akan pam sebelum Dheeya menyusu, kesian dia, susu banyak dan laju sangat sampai tak cukup nafas. Kadang-kadang Dheeya boleh kenyang dengan menyusu sebelah jer, yang sebelah lagi kena pump dan simpan. 

Saya sangat berpuas hati dengan penggunaan Shaklee, baby Dheeya sangat sihat, umur 5 bulan berat nya sudah 7.8kg..berat kan? Tidak dinafikan, di kekadang terkena selsema dan demam, tetapi die boleh pulih tanpa penggunaan ubat. Ternyata vitamin-vitamin yang di ambil oleh saya mampu memberi antibodi untuk bayi.Set berpantang pun tidak kurang hebatnya, dalam masa 2 minggu berat turun sebanyak 15kg, badan pun rasa ringan dan yang pasti nya rasa lebih relax dan tenang.

Untuk mummy yang sedang mencari supplement untuk breast feed, boleh la mencuba Shaklee, sangat-sangat berbaloi!


Hubungi saya, agen sah Shaklee untuk mendapatkan set berpantang dan set susu

sms/whatsapp: 0172124264

No comments:

Post a Comment